fbpx

Gadis tular kerana bernama Prestasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bapa gadis ini memberi nama Prestasi kepadanya kerana dia dianggap sebagai pembawa rezeki dalam keluarga. - TikTok @bulbulekk_ / Instagram @rprestasi

JAKARTA – Seorang gadis dari wilayah Sumatera Barat menjadi sensasi internet kerana mempunyai nama yang unik, iaitu Prestasi, lapor portal Wolipop semalam.

Berdasarkan hantaran yang tular di TikTok, kakak kepada gadis tersebut yang dikenali sebagai Indah, memuat naik klip video memaparkan kad pengesahan vaksinasi yang bertulis nama ‘Prestasi’.

“Terima kasih ayah. Nama yang berbeza daripada orang lain, Prestasi,” demikian menurut keterangan pada video tersebut.

Video itu menjadi tular dengan ramai netizen menyifatkan nama tersebut sebagai unik.

“Bapanya mahu anaknya mendapat banyak prestasi dan kemenangan,” kata seorang netizen.

“Kalau mendapat markah terendah di dalam kelas, guru akan berkata ‘tingkatkan lagi prestasi kamu ya, Prestasi’,” kata seorang pengguna lain.

Sementara itu, Wolipop menghubungi Indah bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai adiknya yang menjadi tular.

“Bapa kami yang memberi nama itu. Sejak dia lahir, rezeki ibu bapa kami semakin lancar dan ia dianggap sebagai prestasi untuk bapa.

“Prestasi memang pembawa rezeki ke dalam keluarga kami. Bapa pada awalnya hanya mempunyai sebuah warung kopi, namun perniagaannya telah berkembang menjadi pasar mini selepas kelahiran Prestasi,” kata Indah. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI