fbpx

Budak lelaki 5 tahun maut jatuh tingkat 10

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kuarters Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) yang mana seorang kanak-kanak lelaki dipercayai terjatuh dari tingkat 10 pada pagi ini.

KAJANG – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut akibat terjatuh dari tingkat 10 sebuah kuarters kediaman Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian daripada orang awam menerusi panggilan kecemasan (MERS999) pada pukul 8.20 pagi.

“Mangsa dipercayai dalam keadaan tidak sedarkan diri ketika itu dan telah di kejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk mendapatkan rawatan.

“Usaha menyelamatkan mangsa telah dijalankan pada pukul 9.45 pagi namun mangsa telah disahkan meninggal dunia di HUKM,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, hasil siasatan awal dipercayai mangsa ditinggalkan berseorangan di rumah ketika kejadian itu berlaku dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana kesalahan pengabaian.

“Orang awam yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan balai polis berdekatan atau terus menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Mohd. Faeez Norzah di talian 013-2773407,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI