fbpx

8,686 perjawatan tetap KKM diwujudkan bermula Jun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju mewujudkan sebanyak 4,186 jawatan tetap tambahan di Kementerian Kesihatan (KKM) bagi tujuan melantik seramai 3,586 pegawai perubatan, 300 pegawai pergigian dan 300 pegawai farmasi bermula Jun ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ia adalah sebahagian daripada 8,686 perjawatan tetap tambahan melibatkan pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi yang akan diwujudkan bermula tahun ini sehingga 2025.

Beliau berkata, keputusan itu dilakukan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 19 Januari 2022 yang telah membentangkan satu memorandum yang membincangkan tentang Tawaran Baharu berhubung keperluan perjawatan tetap tambahan serta hala tuju pelaksanaan inisiatif bagi menangani isu-isu berkaitan.

“Sekurang-kurangnya 1,500 jawatan tetap Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi diwujudkan di KKM pada setiap tahun mulai tahun 2023 hingga 2025.

“Selain itu, sebanyak 800 jawatan tetap Pakar Perubatan dan 70 Pakar Pergigian diwujudkan di KKM pada setiap tahun mulai tahun 2023 bagi menampung keluaran pakar perubatan tetap di fasiliti kesihatan di bawah KKM,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Khairy Jamaluddin berkata, pelan hala tuju juga sedang dibangunkan KKM bersama agensi dan kementerian yang berkaitan bagi mencari penyelesaian jangka masa pendek, sederhana dan panjang dalam kemelut berhubung pegawai lantikan kontrak ini.

“Antaranya, menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Sarjana Muda Perubatan (SMP) dan Sarjana Muda Pembedahan Pergigian (SMPP) bagi mengoptimumkan kapasiti penawaran program dan mengawal kualiti graduan serta menilai dan mengemas kini senarai Jadual Kedua Akta Perubatan 1971.

“Selain itu, melaksanakan Peperiksaan Kelayakan Profesional bagi menangani isu kualiti dan kompetensi graduan dan memperkukuhkan Program Pengajian Kepakaran Kebangsaan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI