fbpx

11 tahun tanggung perut besar kerana penyakit misteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video perkongsian seorang gadis yang terpaksa menanggung sakit selama 11 tahun disebabkan penyakit misteri.

PETALING JAYA – Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Itulah peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan kisah duka seorang gadis apabila terpaksa menanggung sakit selepas perutnya semakin membesar seperti wanita mengandung.

Menerusi perkongsiannya di TikTok, gadis dengan akuan @bungafloraa itu, bercerita tentang kehidupannya apabila sering dipersoal oleh rakan-rakan di media sosial apabila dia sering memuat naik wajahnya sahaja.

Menurut gadis itu, dia merasa segan dan malu untuk memaparkan bentuk badannya kepada umum kerana bimbang akan mendapat kecaman atau disalah anggap oleh orang lain apabila melihat perutnya yang membesar tanpa sebab.

Dalam pada itu, dia mendakwa penyakit misteri yang ditanggungnya itu disebabkan terkena gangguan makhluk halus.

“Pernah satu hari saya ditahan di hospital dan setelah diperiksa, doktor melihat seperti ada sesuatu di dalam perut saya dan memohon kebenaran untuk melakukan pembedahan.

“Kesudahannya dalam perut saya tidak ada apa-apa, yang ada hanya kesan luka sahaja, tapi sering terasa berat,” katanya.

Jelasnya, dia telah menghabiskan ribuan ringgit demi mendapatkan rawatan penyembuhan kepada penyakitnya.

“Saya dah cuba pergi dapatkan rawatan di merata tempat, kalau bab duit jangan cakap lah, dah puluh ribu habis,” ujarnya.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut bersimpati dengan nasib gadis tersebut serta mendoakan agar dia diberikan kesembuhan.

“11 tahun, lamanya awak boleh ceritakan kisah dari awal hingga sekarang ini, saya berminat nak tahu kisah seorang gadis kuat macam awak, semoga kembali sihat seperti biasa,” kata @rokozikinaskas.

“Ya Allah, angkatlah sakit yang ditanggung adik ini, berikanlah kesembuhan padanya,” luah Rohana Yusuf.

“Ada orang kata ini penyakit busung dulu abah saya pun pernah kena, merata tempat juga ikhtiar untuk berubat. Alhamdulillah sekarang dah sihat, banyakkan berdoa,” kongsi Mariam Marissa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI