fbpx

Suami Kamala Harris terima ancaman bom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suami Naib Presiden AS Kamala Haris, Emhoff (kanan) menjadi sasaran ancaman letupan bom. - Google

WASHINGTON – Suami Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Kamala Harris, Douglas Emhoff berdepan saat cemas apabila menerima ancaman bom ketika melakukan satu lawatan rasmi.

Semasa kejadian, Emhoff sedang melawat sebuah sekolah tinggi di Washington bagi meraikan sejarah Afrika Amerika sebelum pasukan pengawal keselamatan menerima maklumat mengenai ancaman letupan bom di situ.

Emhoff dikawal keluar dari lokasi dengan kadar segera dan semua pelajar juga diarahkan meninggalkan pekarangan sekolah.

“Kami menerima satu ancaman bom dan segera mengarahkan semua orang meninggalkan kawasan sekolah seperti yang sepatutnya.

“Setakat ini, tiada laporan yang mengesahkan penemuan bom dan ia selamat untuk mengesahkan semua orang baik-baik sahaja,” jelas jurucakap sekolah awam Washington, Enrique Gutierrez

Tiada maklumat lanjut yang didedahkan kepada awam mengenai kejadian tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI