fbpx

PRN Johor 12 Mac ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Ghani Salleh mengumumkan tarikh PRN negeri Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru di sini hari ini.

JOHOR BAHRU – Surahanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac depan sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, hari penamaan calon pula jatuh pada 26 Februari dan tarikh untuk pengundi awal ditetapkan pada 8 Mac.

“Selepas SPR mengadakan mesyuarat hari ini, tarikh mengundi bagi PRN Johor pada 12 Mac.

“Tarikh penamaan calon pada 26 Februari manakala tarikh mengundi awal pada 8 Mac,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Khas Pilihan Raya Umum Dewan Negeri Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor Bahru di sini hari ini.

Khabar angin bahawa Johor bakal mengadakan PRN bertiup kencang susulan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian meninggal dunia pada 21 Disember lalu.

Hal itu menyebabkan kestabilan kerajaan negeri Johor dilihat tidak kukuh kerana hanya mempunyai majoriti satu kerusi iaitu 28 kerusi berbanding 27 kerusi pembangkang di DUN.

Langkah untuk menstabilkan kedudukan politik di negeri ini, Barisan Nasional (BN) yang mengemudi kerajaan negeri Johor memilih untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14.

Pada 22 Januari lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI