fbpx

Peter sudah beri kerjasama, enggan tanda tangan notis tangkapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peter Anthony

KUALA LUMPUR – Datuk Peter Anthony memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini, beliau enggan menandatangan notis tangkapan yang diserahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana telah memberikan kerjasama sepanjang siasatan pada 2014.

Tertuduh yang juga saksi pembelaan pertama mengakui tidak bersetuju dengan kesalahan memberi rasuah di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 seperti yang dinyatakan dalam notis tangkapan yang diserahkan oleh pegawai SPRM.

Peter menyatakan demikian ketika membela diri terhadap pertuduhan memalsukan dokumen berhubung kontrak penyelenggaraan sistem mekanikal dan elektrikal (M&E) di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Menurut bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah itu, beliau diminta hadir ke Pejabat SPRM Sabah pada 12 Mac 2015 dan dimaklumkan oleh pegawai agensi itu bahawa satu tangkapan di bawah Seksyen 17(b) akan dikuatkuasakan terhadapnya.

Ketika ditanya oleh peguam S. Devanandan yang mewakilinya, beliau kemudian bertanyakan kepada pegawai yang menyerahkan notis tangkapan apa kesalahan yang dilakukannya.

Namun ujar Peter, 51, pegawai itu hanya menyatakan kes adalah berkaitan kesalahan memberi rasuah namun tidak memberikan jawapan ketika beliau bertanya siapa pihak yang diberikan rasuah.

Tertuduh selanjutnya menafikan pernah memberi rasuah kepada mana-mana pihak sebelum ini.

Menurut Peter, pegawai SPRM kemudian merakam kenyataannya pada hari yang sama walaupun fikirannya bercelaru ketika itu kerana memikirkan pertuduhan mengikut seksyen berkenaan.

Ujarnya, pada sebelah petang, pihak SPRM memaklumkan beliau akan ditahan di lokap melainkan wang jaminan RM10,000 dijelaskan yang mana kemudian dibayarnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI