fbpx

Pemuda maut ditimpa kaca seberat 5.6 tan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Umar maut di lokasi selepas ditimpa kaca seberat 5.6 tan di sebuah kilang kaca di Lipang Kajang, Melaka, hari ini.

JASIN – Seorang pemuda maut selepas ditimpa kotak berisi kaca seberat 5.6 tan di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Lipat Kajang, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.10 pagi itu, mangsa, Muhammad Umar Mohd. Shahid, 23, maut di tempat lokasi akibat kecederaan parah di beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa sedang menjalankan kerja mengikat kotak kaca di dalam kontena.

“Ketika membuat kerja, mangsa telah terlanggar kayu penahan menyebabkan kaca seberat 5.6 tan menghempap si mati.

“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di pelbagai anggota badan termasuk kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Tambahnya, ketika insiden berlaku mangsa juga berada di penghujung syifnya yang tamat pada pukul 8 pagi.

Mengulas lanjut beliau berkata, mangsa telah dikeluarkan daripada serpihan kaca dengan bantuan pasukan bomba.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI