fbpx

Impian pandu kereta terbang bakal terlaksana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AIRCAR kini lulus ujian keselamatan untuk terbang daripada kerajaan Slovakia.

IMPIAN masyarakat dunia untuk memiliki kereta terbang akan menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Kenderaan dikenali AirCar itu kini disahkan secara rasmi lulus ujian keselamatan di Slovakia untuk terbang dan bakal dijual tidak lama lagi.

Kereta itu dianugerahkan status berkenaan setelah melengkapkan lebih 200 pelepasan dan pendaratan 70 jam ujian penerbangan yang ketat mengikut piawaian Agensi Keselamatan Penerbangan Eropah.

Ia mampu mencapai ketinggian 2,438 meter dan kelajuan melebihi 160 kilometer sejam.

AirCar yang juga kenderaan terbang dwi-mod itu boleh berubah daripada kereta di jalan raya kepada kenderaan di udara kurang tiga minit.

Dalam pada itu, pengeluar AirCar berkata, ujian itu termasuk rangkaian penuh gerakan penerbangan dan prestasi.

Kereta itu menunjukkan kestabilan statik dan dinamik yang menakjubkan dalam mod pesawat.

Prosedur berlepas dan mendarat AirCar dicapai walaupun tanpa keperluan juruterbang mengendalikan penerbangan.

Kini setelah menerima Sijil Kelayakan Penerbangan oleh Pihak Berkuasa Pengangkutan Slovakia, pengeluar kenderaan itu memaklumkan, model pengeluaran baharu dijangka diperakui dalam tempoh 12 bulan.

“Pengesahan AirCar ini telah membuka pintu untuk pengeluaran secara besar-besaran untuk kereta terbang yang sangat cekap.

“Pengesahan rasmi dan terakhir adalah tentang keupayaan kami untuk mengubah perjalanan jarak pertengahan,” jelas ketua pasukan pembangunan AirCar, Stefan Klein.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI