fbpx

Hubungan Nike, Greenwood berakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GREENWOOD (kanan) kehilangan penajaan daripada Nike apabila dikaitkan dengan kes jenayah sebelum ini. – AF

MANCHESTER – Jenama pakai­an sukan terkenal antarabangsa, Nike menamatkan hubungan kerjasama dengan penyerang kontroversi Manchester United, Mason Greenwood.

Greenwood, 20, dibebaskan dengan ikat jamin baru-baru ini selepas dia ditahan pada 30 Januari lalu kerana didakwa me­lakukan serangan seksual dan ancaman bunuh terhadap teman wanitanya.

Situasi itu menyebabkan United mengambil keputusan untuk menggantung Greenwood daripada berlatih dan beraksi dalam mana-mana perlawanan sehingga diumumkan oleh kelab berkenaan.

Nike juga pada minggu lalu te­lah mengeluarkan kenyataan sangat bimbang dengan dakwaan itu dan akan terus memantau situa­si Greenwood yang telah ditaja oleh mereka sejak 2019.

“Mason Greenwood kini bukan lagi atlet di bawah Nike,” menurut jurucakap Nike kepada media England, The Athletic.

Dalam masa sama, United sudah memberhentikan jualan semua barangan berkaitan Greenwood dalam laman sesawang mereka dengan namanya juga tidak digunakan pada jersi replika pemain.

Selain Nike, beberapa penaja lain juga dilaporkan semakin menjauhkan diri dengan bintang muda skuad antarabangsa England itu.

Greenwood yang telah menjaringkan 35 gol daripada 129 perlawanan bersama United, juga telah dikeluarkan daripada vi­deo permainan bola sepak FIFA, eFootball dan PES pada minggu ini.

Pengeluar permainan, EA Sports turut membuang nama Greenwood dalam semua produk FIFA keluarkan mereka terma­suk FIFA Ultimate Team Packs dan Ultimate Draft ekoran dakwaan yang dihadapinya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI