fbpx

Tak hadap juri program ‘najis’, saya kelas dunia! – Diva AA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGACARA sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA menolak andai ditawarkan peranan sebagai juri sebuah program realiti yang membuatkan ramai tidak berpuas hati.

PETALING JAYA – Pengacara sensasi, Azwan Ali akan menolak sekeras-kerasnya sekiranya ditawarkan mandat menjadi juri sebuah program realiti yang sedang hangat diperkatakan ramai ketika ini.

Azwan atau nama sebenarnya, Mohamed Azwan Ali, 55, mendedahkan ramai pihak mahu dirinya menjadi salah seorang juri program berkenaan namun dia enggan menerimanya. Katanya, dirinya berada dalam kelas tersendiri.

“Bilion tag kenapa bukan Diva AA sebagai juri? Diva AA selamba jawab, tidak hadap pun sebagai juri program najis.

“Saya berkelas dunia, kau sekolah tak,” ciapnya menerusi Twitter.

Terdahulu, program realiti terbitan Astro iaitu Big Stage 2022 menerima kecaman hebat apabila pihak produksi menerima masuk seorang peserta yang dikatakan langsung tidak layak bergelar penyanyi iaitu usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli.

Bukan itu sahaja, ramai juga mempersoalkan kerusi Presiden Netizen yang diisi mogul kosmetik, Datuk Seri Vida yang merupakan bekas kekasih peserta tersebut. Netizen menyifatkan pendekatan yang digunakan Astro sebagai satu publisiti murahan.

Semalam, penyanyi Datuk Hattan, 58, menyeru pihak stesen televisyen terbabit supaya lebih bertanggungjawab dalam mengangkat industri hiburan ke tahap lebih bagus dan tinggi berikutan kontroversi yang dicetuskan program berkenaan.

Sementara itu, ramai dalam kalangan netizen yang mempersoalkan kewajaran produksi program berkenaan meletakkan penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza di kerusi juri.

Masakan tidak, disebabkan salah seorang pesertanya langsung tidak boleh menyanyi sehingga membuatkan penyanyi tersohor itu rasa bersalah dan berbelah bahagi ingin memberikan markah selepas tamat persembahan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI