fbpx

Polis Marin tahan 39 bot penumpang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara bot penumpang yang ditahan Pasukan Polis Marin di perairan Langkawi baru-baru ini.

GEORGE TOWN – Pasukan Polis Marin menahan 39 buah bot penumpang yang didapati melakukan pelbagai kesalahan menerusi satu operasi yang diadakan di perairan Langkawi, Perak, Pulau Pinang dan Selangor baru-baru ini.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 1, Asisten Komisioner Shamsol Kassim berkata, operasi khas sempena Tahun Baharu Cina bermula 21 Januari lalu sehingga semalam itu dibuat bagi menguatkuasakan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

Beliau berkata, pihaknya telah membuat beberapa pemeriksaan terhadap bot-bot yang menjalankan aktiviti membawa penumpang di sekitar perairan berkenaan ketika operasi terbabit.

“Beberapa kesalahan telah dikesan antaranya lesen bot tamat tempoh, tidak mempunyai sijil kompentensi (C.O.C), tidak memiliki insurans penumpang, tiada lesen, membawa lebih penumpang, tiada alat keselamatan dan lain-lain.

“Sebanyak 39 bot penumpang ditahan dan telah diserahkan kepada Jabatan Laut Malaysia untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Shamsol berkata, pihaknya turut menahan 52 buah bot pukat tunda di kawasan sama kerana kesalahan menggunakan pekerja asing tanpa kebenaran bertulis Ketua Pengarah Perikanan, menggunakan bot ikan tanpa permit yang sah atau lesen orang lain dan menjalankan aktiviti penundaan di kawasan yang tidak dibenarkan.

Beliau berkata, orang ramai yang mahu menyalurkan sebarang maklumat mengenai aktiviti menyalahi undang-undang maritim boleh menghubunginya di talian 04-6558 222. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI