fbpx

Nasi campur cecah RM23 tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar harga bagi hidangan nasi campur dipercayai mencecah sehingga RM23.

PETALING JAYA – Jika sebelum ini tular beberapa harga makanan melibatkan sotong dan sayur kailan ikan masin, kini tular pula harga makanan bagi nasi campur yang turut disifatkan terlalu mahal.

Perkara itu tular didalam media sosial sejak semalam selepas satu klip video dimuat naik oleh RaidAfiqz memaparkan resit beserta makanan yang diambil.

Berdasarkan klip video berdurasi 27 saat itu, kelihatan beberapa orang sedang menikmati makanan tengah hari dipercayai nasi campur di sebuah kedai makan, namun lokasi kejadian tidak dapat dikenal pasti.

Apa yang mengejutkan, harga bagi makanan yang diambil kesemuanya melebihi RM10 sehingga mencecah RM23 untuk satu hidangan.

Meninjau di ruangan komen mendapati rata-rata orang ramai turut menyifatkan harga yang diberikan oleh peniaga tersebut adalah terlalu mahal dan tidak patut.

“Pandai tauke kedai cari makan, Allahuakbar terharu dan kesian pada mereka sebab boleh pokai makan kedai macam ini,” kata Naqis Umirose.

“Ya ampun mahalnya, di Sungai Petani ada kedai yang saya pergi makan sepinggan RM9 pun dah rasa mahal,” jelas Paqhija pula.

“Weh ikan keli sekor dengan sayur sesenduk RM11.50. Betul-betul naik harga tu,” ukar Deklaa.- K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI