fbpx

Bomba gagalkan cubaan wanita bunuh diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita berjaya dipujuk anggota bomba ketika dia dipercayai cuba terjun di sebuah bangunan flat di Pandan Court, Jalan Mewah di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita berjaya dipujuk anggota bomba ketika cubaan dia dipercayai untuk membunuh diri di sebuah bangunan flat di Pandan Court, Jalan Mewah di sini awal pagi tadi.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berkenaan kejadian itu pada pukul 4.37 pagi.

“Sepasukan lima anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di tempat kejadian didapati wanita tempatan itu berada di koridor tingkat 12 bangunan dipercayai cuba untuk membunuh diri.

“Anggota bomba berjaya memujuk wanita berkenaan yang dipercayai mengalami tekanan. Dia kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI