fbpx

Nurraysa lahir 182,000 usahawan dari rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NBO Nurraysa, Fatimah Zaharah (dua dari kanan) diumumkan sebagai penerima utama anugerah ditunggu tunggu dengan tahap jualan tertinggi, ditemani suami, Mohd Ridhuan Hambali.

PETALING JAYA – Sejak ditubuhkan pada tahun 2014, syarikat kosmetik dan kecantikan, Nurraysa Global Sdn Bhd rancak mengukuhkan nama serta menghargai usahawannya terutama di kalangan suri rumah dan wanita.

Sebelum pandemik Covid-19, syarikat yang ditunjangi wanita berpurdah, Nur Aini Zolkepeli ini pernah menganjurkan Nurraysa Excellence Awards pada 2019 bagi menghargai usahawan yang menjadi nadi kekuatan legasi jenama itu.

Selepas dua tahun virus itu menyerang dan masih dilihat memberi ancaman, jenama itu buat julung kalinya menganjurkan Konvesyen Usahawan Jutawan Nurraysa 2022 di Hotel dan Pusat Konvensyen Movenpick Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 5 Februari lalu.

Acara sepanjang hari yang turut melabuhkan tirai, dengan Makan Malam Gala bertema Bangsawan pada sebelah malam itu berpaksikan Misi Mencipta Bangsa Usahawan dengan menyaksikan lebih 200 penyertaaan usahawannya dari seluruh negeri.

Menurut Nur Aini, konvesyen dianjurkan atas objektif yang mahu terus membakar semangat dan memajukan usahawan yang menjana pendapatan menerusi empayar dan legasi perniagaannya.

“Kita mahu memberi inspirasi kepada peserta yang hadir melalui kejayaan saya sebagai pengasas dan kejayaan ‘Master New Business Owner (NBO)’ yang telah terbukti berjaya.

“Perkara itu disokong dengan menunjukkan hasil kejayaan sebenar melalui sesi perkongsian bersama mereka yang berjaya hingga menjadi jutawan.

“Saat pandemik menyerang membuat ramai bergelut, kita membantu 182,000 usahawan jana pendapatan dari rumah sejak 2020 hingga kini,” katanya.

Kata Nur Aini lagi, konvesyen itu juga menjadi platform terbaik menyebar luaskan misi dan visi rangkaian perniagaannya.

Nur Aini menambah, acara Makan Malam Gala juga bertujuan meraikan kejayaan usahawannya.

Syarikat ini pada asalnya bermula dengan jualan sabun kolagen, kini jenama itu berkembang dengan penghasilan lebih 50 produk kosmetik, minuman, makanan tambahan, makanan dan pakaian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI