fbpx

Kilang NBL terbesar di dunia dibina di Padang Terap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamed Suffian

KUALA NERANG – Pelabur perintis Kedah Rubber City (KRC), Hong Seng Consolidated Bhd. (Hong Seng) bekerjasama dengan Mitsui & Co (Malaysia) Sdn. Bhd. untuk membangunkan sebuah kilang getah nitril butadiena (NBL) terbesar di dunia di taman perindustrian tersebut mulai tahun ini.

Pengerusi Bukan Eksekutif Hong Seng, Datuk Muhamed Suffian Awang berkata, pihaknya optimis pelaburan bernilai RM3 bilion itu mampu menyemarakkan pembangunan KRC yang dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

“Ini adalah kerjasama strategik yang membawa pelaburan RM3 bilion ke KRC. Ia bukan sahaja memberi peluang kepada rakyat Kedah tetapi seluruh penduduk di negara ini,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Projek Strategik NCER-Kedah Rubber City di Ladang Bukit Ketapang dalam daerah Padang Terap di sini hari ini.

Beliau memberitahu, pembukaan kilang berkenaan dijangka memberi limpahan ekonomi kepada penduduk setempat terutama dalam kalangan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS).

“Pembinaan kilang ini akan beri peluang kepada industri kecil, SME dan vendor untuk turut serta bersama kita di KRC.

“Kerjasama Mitsui & Co ini juga diharapkan dapat memperhebatkan lagi KRC,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI