fbpx

Rayan meninggal dunia, pasukan penyelamat hanya tarik keluar mayat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hanya mayat sahaja yang berjaya ditarik keluar pasukan penyelamat. - The Sun

RABAT, Maghribi – Seorang budak lelaki Maghribi yang terperangkap di dalam sebuah perigi selama lima hari telah meninggal dunia, lapor laman berita Al-Arabiya, hari ini.

Kenyataan mengenai kematian Rayan Awram, 5, dikeluarkan oleh dua badan kerajaan tempatan sejurus kanak-kanak itu berjaya dikeluarkan daripada perigi tersebut.

Menurut laporan media tempatan, Rayan sudah pun meninggal dunia ketika pasukan penyelamat berjaya menembusi perigi sedalam 32 meter itu.

Raja Maghribi, Raja Mohammed VI mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Rayan atas pemergiannya.

Anggota -anggota penyelamat terdahulu telah mengeluarkan mangsa yang dikenali sebagai Rayan Awram dan berumur lima tahun selepas pasukan perubatan memeriksa  keadaannya di dalam perigi sedalam 32 meter itu setelah  sampai ke lokasi dia terperangkap.

Kejayaan menyelamatkan Rayan diiringi laungan ‘Allahuakbar’ daripada penduduk tempatan yang setia menanti di sekitar kawasan kejadian.

Rayan terjatuh ke dalam perigi milik bapanya ketika bermain di kawasan rumahnya di wilayah Chefchaouen pada petang Selasa. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI