fbpx
Radzi.

‘Tidak dibenar kembali ke asrama, boleh PdPR’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan murid bukan kelas peperiksaan yang pulang bercuti sempena Tahun Baharu Cina baru-baru ini tidak dibenarkan untuk kembali semula ke asrama.

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, murid-murid berkenaan sebaliknya akan mengikuti proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) sepenuhnya.

“Keputusan itu dibuat bagi memastikan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 berada dalam keadaan terlindung dan dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan selamat serta teratur dan kita akan pastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di sekolah berasrama dibawah KPM dipertingkatkan.

“Pada masa sama, kami juga akan meningkatkan pemantauan di sekolah harian supaya SOP itu dapat dipatuhi dengan baik,” katanya menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di laman Facebooknya, hari ini.

Katanya, beliau juga mahu ibu bapa memastikan anak-anak mereka tidak hadir ke sekolah jika mengalami apa-apa gejala terutama apabila sekolah beroperasi semula bermula minggu depan.

“Saya mohon jasa baik ibu bapa untuk memastikan anak tidak hadir ke sekolah jika ada sebarang gejala bagi memastikan persekitaran sekolah berada dalam keadaan selamat,” katanya.

Mengulas mengenai jangkitan Covid-19 di institusi pendidikan bawah KPM bagi tempoh 1 Januari hingga 1 Februari lalu, Radzi berkata, sebanyak 100 kluster pendidikan dikesan membabitkan institusi bawah KPM.

Katanya, secara keseluruhan, sebanyak 8,451 kes positif dikesan membabitkan kluster pendidikan daripada keseluruhan 118,238 kes di seluruh negara dan daripada jumlah itu 96 kluster membabitkan institusi bawah KPM manakala empat kluster membabitkan institusi swasta yang berdaftar dengan KPM. -K! ONLINE

 

POPULAR