fbpx
Gambar hiasan.

Hujan lebat hampir di semua negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan keadaan hujan lebat berlaku hari ini sehingga ke esok bermula di Kudat hingga Sandakan.

MetMalaysia dalam laporannya menasihatkan penduduk di kawasan tersebut supaya menyemak cuaca terkini dan melakukan persediaan sekiranya berlaku banjir.

“Di lain-lain tempat pula hujan lebat berlaku di Limbang, Sarawak dan akan berterusan hingga malam ini. Di Kapit pula, terdapat kepulan awan di kawasan tersebut hingga ke Betong, Sarikei dan Sibu,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, katanya, di Mukah, hujan bakal berlaku di Sarawak Utara. Rata-rata keadaan lembab di Sabah dan Sarawak akan kekal sehingga malam ini.

“Di Semenanjung, hujan hampir di semua negeri. Keadaan tiupan angin agak kuat menunjukkan hujan berlaku dalam tempoh singkat dan bersambung kemudian berhenti,” ujarnya.

Ribut petir juga dijangka berlaku di Cameron Highlands, Lipis, Raub dan Bentong selain Perak lewat petang ini.

Selain itu, pada malam ini, MetMalaysia menjangkakan keadaan sama di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan, Melaka dan Johor Barat.

“Bagi amaran kencang dan laut bergelora, keadaan sekarang bukan waktu yang sesuai untuk turun ke laut terutama  Laut Cina Selatan. Amaran ini berkuat kuasa sehingga 7 Februari 2022,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI