fbpx

Air bandung ikat tepi versi gergasi Zara Zya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GELAGAT lucu Zara yang membawa seplastik air bandung ikat tepi bersaiz besar mencuit hati ramai.

JIKA sudah namanya Zara Zya, pasti ada sahaja gelagat lucu yang dikongsinya dalam media sosial, khususnya, TikTok.

Terbaharu, Zara menuai gelak tawa ramai dengan memuat naik sebuah video memperlihatkan aksinya memegang bungkusan air bandung ikat tepi bersaiz gergasi.

Paling lucu, badannya juga kelihatan lebih berisi berbanding sebelum ini.

Difahamkan, itu karakter Zara untuk drama baharunya tidak lama lagi.

“Selalu saya minum air ikat tepi letak dalam mangkuk tetapi kali ini mungkin terpaksa guna baldi,” seloroh seorang netizen.

“Zara memang tak pernah tidak buat hal. Sesuai juga jika muncul dengan drama bertajuk Sirap Bandung Besar Ikat Tepi,” komen netizen.

Biarpun hanya muncul beberapa saat, video tersebut berjaya meraih lebih dua juta tontonan dan 150,000 tanda suka netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI