fbpx

Pemuda ubah bas 2 tingkat jadi kedai gunting

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar yang memaparkan sebuah bas dua tingkat yang diubah menjadi sebuah kedai gunting di Shah Alam.

PETALING JAYA – Jika sebelum ini, kebanyakan kedai gunting rambut atau ‘barber shop’ beroperasi di lot-lot kedai dan juga premis persendirian.

Namun, berbeza kali ini apabila seorang pemuda mencipta kelainan dengan membuka sebuah kedai gunting di dalam bas dua tingkat.

Menerusi satu klip video yang tular di laman Facebook, kedai gunting tersebut beroperasi di Jalan Elektron, Seksyen U16, Denai Alam, Shah Alam.

Berdasarkan klip video berdurasi satu minit 29 saat itu, kelihatan kedai gunting terbabit dilengkapi dengan ruang menunggu pada bahagian bawah bas.

Manakala, bahagian atasnya pula adalah ruang untuk mendandan rambut yang lengkap dengan semua peralatan bagi keselesaan pelanggan.

Difahamkan, pemuda tersebut menggunakan bas terpakai yang dibeli daripada sebuah syarikat sebelum mengubahnya menjadi kedai gunting.

Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai memuji kreativiti pemuda tersebut dan ada juga yang tidak sabar untuk mengunjungi ‘premis’ berkenaan.

“Menarik idea ini, lain dari yang lain, syabas anak muda atas kreativiti anda. Manfaatkan apa sahaja peluang yang ada,”tulis Bakri Zami.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Azman Syah.

“Dekat dengan rumah ni, bolehlah cuba kedai gunting baru ini, kita ‘support’ anak muda yang ingin berjaya,”katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI