fbpx

Harga istiqamah Kilafairy, setiap hari dihambat perasaan sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KILAFAIRY

PETALING JAYA – Dua tahun melalui proses penghijrahan dalam diri, hati dan penampilan termasuk kekal istiqamah bukan satu perkara mudah dilalui pelakon cantik Kilafairy.

Namun anak kepada penyanyi terkenal era 1980-an, Rohana Jalil itu percaya kehidupan mendatang akan terus menjadi ruang menguji keteguhan hati dan imannya sebagai hamba.

Kilafairy atau nama lengkapnya Syakila Nisha Jangir Khan, 30, percaya proses lumrah itu menjadi pengukur kematangan dan pendinding diri.

“Benar soal istiqamah itu bukan perkara mudah. Bukan sehari dua untuk dihadam. Pendek kata setiap hari, saya umpama bergelut dalam diri.

“Namun lama-kelamaan perkara tersebut bagai satu fasa yang akan jadi terbiasa. Pada akhirnya kita hanya mahu dan harapkan reda Tuhan dalam hidup ini,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon filem Blok 404 itu turut beroleh tuah memasuki tahun baharu dan teruja apabila dilamar menjadi wajah baharu bagi jenama tudung bawal MINAZ Hijab Blossom menggantikan pelakon Nora Danish sebelum ini.

“Dengan kerendahan hati, saya bangga kerana terpilih menjadi wajah baharu bagi koleksi tudung bawal kali ini.

“Saya bersyukur dengan rezeki yang Allah limpahkan selain dikelilingi dengan orang yang baik waktu bekerja,” katanya yang teruja dipilih syarikat berdasarkan imej sopan dan hijrah yang dimulakan sejak 2020 itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI