fbpx
PGA berjaya menahan tiga lelaki dipercayai terlibat dengan sindiket pengedaran arak lari cukai di Senai, Johor semalam.

Tiga diberkas ketika punggah arak, rokok seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Polis berjaya menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat dengan sindiket penyeludupan dan pengedaran arak lari cukai dalam satu operasi yang dijalankan di Taman Komersial Senai, dekat sini semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 5, Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Dimin Awang berkata, serbuan itu dijalankan pada pukul 11.30 malam.

Menurutnya, ketiga-tiga suspek membabitkan dua warga tempatan dan seorang warga asing itu berusia 36 hingga 47 tahun.

“Semasa serbuan dijalankan, dua suspek sedang memunggah beberapa karton arak dipercayai lari cukai dari sebuah motokar jenis Proton Saga ke dalam sebuah premis.

“Hasil pemeriksaan dalam premis menjumpai sejumlah arak pelbagai jenama dipercayai tiada cukai kastam.

“Selain itu, polis turut berjaya memberkas seorang lagi suspek lelaki warganegara asing yang mengaku sebagai penjaga premis tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI