fbpx

‘Sindrom Havana’ dikaitkan dengan tenaga elektromagnet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG pengawal keselamatan berdiri di luar Kedutaan Amerika Syarikat di Havana, Cuba. – Sky News

WASHINGTON – Pakar-pakar perisikan percaya kira-kira 1,000 diplomat dan pegawai perisikan Amerika Syarikat (AS) yang menghidap sejenis penyakit misteri dikenali sebagai ‘Sindrom Havana’ mungkin menjadi sasaran tenaga denyutan elektromagnet, lapor stesen penyiaran Sky News semalam.

Menurut laporan pakar-pakar perisikan AS dan luar negara, kes pertama berkaitan penyakit misteri tersebut direkodkan di ibu negara Cuba, Havana pada 2016. 

Tenaga denyutan elektromagnet terutamanya dalam julat frekuensi radio dikatakan mampu menyebabkan gejala seperti sakit telinga, vertigo dan beberapa simptom lain yang dialami oleh mangsa.

Panel itu berkata, kombinasi gejala yang dihadapi dalam kalangan mangsa tidak dapat dijelaskan dengan mudah oleh persekitaran atau ilmu perubatan moden. 

Laporan itu tidak mendedahkan secara jelas berkenaan bilangan mereka yang terjejas, namun kes sedemikian turut dilaporkan di Rusia, Austria, China, Tajikistan dan beberapa negara Afrika.

Minggu lalu, Agensi Perisikan Pusat (CIA) menafikan penglibatan Rusia atau musuh asing lain dalam melancarkan kempen secara meluas untuk menyerang AS dengan peranti pemancar tenaga.

Walaupun kebanyakan kes tersebut dikaitkan dengan penyakit lain oleh doktor dan pakar, masih terdapat berpuluh-puluh kes penyakit misteri itu yang mereka percayai berpunca daripada denyutan tenaga elektromagnet yang disengajakan. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI