JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial memaparkan situasi apabila sepasang kekasih berpura-pura tidak kenal antara satu sama lain ketika membeli minyak masak di sebuah pasar raya, lapor laman berita Suara.com.
Video itu dimuat naik pada akaun TikTok bernama @vina.septiane.
Rakaman memaparkan situasi yang berlaku di kaunter juruwang. Perakam dikatakan disuruh oleh ibunya untuk membeli minyak masak.
Perakam yang ketika itu keluar dengan kekasihnya sanggup berpura-pura tidak kenal antara satu sama lain supaya boleh membeli minyak masak dalam jumlah yang lebih.
Mereka beratur di kaunter berlainan untuk membeli minyak masak tersebut.
Pengguna di media sosial tersebut mula mengutarakan pandangan di ruangan komen.
“Ya dik, seorang hanya dibenarkan beli tidak lebih dari dua bungkus minyak masak,’’ tulis seorang pengguna.
“Ibu dan bapa saya pernah melakukannya,’’ tulis netizen lain. – Agensi