fbpx

Selepas Nora Danish, MINAZ sunting Kilafairy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Menepis tuduhan sengaja mencipta kontroversi atau publisiti murahan untuk melariskan produk, jenama MINAZ Hijab tetap percaya paksi ‘dakwah’ kecil mereka menggalakkan ramai wanita menutup aurat dengan bertudung tidak tersasar.

Malah jenama itu meluncur pada tahun 2010, mula diperkenalkan sebagai satu jenama fesyen modest tempatan yang memberi lebih fokus kepada wanita dan keluarga.

Selepas memperkenalkan Nora Danish untuk siri kempen MINAZ Hijab Blossom 2. 0 tahun lalu yang mengundang kontroversi kerana dilihat tidak selari dengan imej tudung dengan wanita ‘free hair’,  jenama itu kini menyunting Kilafairy pula untuk kempen sama  edisi 3.0 dipanggil Next Chapter.

Pemilihan anak kepada penyanyi era 1980, Rohana Jalil itu sebaliknya dipuji ramai bersandarkan imej sopan dan hijrah yang dimulakan sejak tahun 2020 itu.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif jenama  tudung itu, Hafiza Datuk Abd Hamid  atau lebih dikenali dengan nama Pija MINAZ itu mempunyai sebab konkrit memilih Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisha Jangir Khan.

“Bertepatan dengan kempen global Hari Hijab Sedunia, MINAZ mahu bawakan ikon berhijab dengan cerita tersendiri. Kisah penghijrahan Kilafairy dua tahun lalu memberikan kami inspirasi dalam merangka kempen Next Chapter.

“Ia sekali gus melantiknya sebagai muka hadapan kempen dengan sorotan episod seterusnya saat dia berhijrah memulakan kehidupan fasa berhijab,” katanya yang turut bertindak sebagai Pengarah Fesyen jenama itu.

Kata isteri kepada Tamizee Adzman itu, dia sendiri melihat Kilafairy sebagai inspirasi wanita bertudung.

“Lihat saja kesungguhannya untuk kekal istiqamah berhijab. Paling utama dalam menutup aurat dan kekal sopan, dia masih pandai bergaya. Saya sendiri menghormati pendiriannya untuk tampil dengan gaya yang sangat sopan sewaktu sesi fotografi kempen berlangsung.

“Malah dia sendiri lebih teliti memilih gambar yang tidak menjolok mata dan bersesuaian dengan kempen ini,” katanya.

MINAZ Hijab dilancarkan pada Ogos 2021 dengan taruhan signature printed Blossom Series MINAZ  pantas menjadi kegilaan wanita Malaysia.

Kejayaan koleksi terdahulu contohnya sebanyak 300,000 helai terjual selepas lima bulan dilancarkan turut berpanjangan kepada siri terbaru  menggunakan khidmat dan pesona Kilafairy. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI