fbpx
Idris Ahmad (tiga dari kiri) mendengar cerita mangsa ribut semasa meninjau keadaan di Kampung Tawas, Ipoh hari ini. - Foto ZULFACHRI ZULKIFLI

Kerajaan tidak campur tangan siasatan RCI Tabung Haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI SIPUT – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) tidak akan mencampuri siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu berbangkit mengenai Tabung Haji (TH) dalam tempoh 2014 hingga 2020.

Menterinya, Senator Idris Ahmad berkata, pihaknya memberi kepercayaan penuh kepada pasukan yang memulakan tugas dengan mengadakan mesyuarat pertama Rabu lepas.

Menurut beliau, pasukan siasatan yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119) itu berkuasa bagi menyiasat isu-isu pengurusan dan operasi TH.

“Kita tidak masuk campur sebaliknya kita hanya beri senarai nama (anggota RCI) kepada Yang di-Pertuan Agong dan Baginda telah memberi tauliah, maka kita beri kebebasan kepada mereka untuk melakukan apa sahaja dalam RCI.

“Sikap kita dalam soal ini mesti tak nak ganggu perjalanan siasatan. Kita hanyalah nak tahu dapatan siasatan. Akhir nanti mereka akan berikan hasilnya dan itulah keputusannya,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa ribut dan puting beliung di Pusat Pemindahan Sementara Dewan Tawas di sini hari ini.

Idris juga berkata, kesemua enam ahli RCI yang dilantik merupakan individu berintegriti dan berautoriti serta mempunyai kepercayaan baik dalam kalangan masyarakat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN