fbpx

Jimin BTS kena apendiks positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JIMIN BTS

BAGAIKAN sudah jatuh ditimpa tangga, itulah nasib yang menimpa salah seorang anggota BTS, Jimin yang kini disahkan positif virus Covid-19 sebaik sahaja menjalani satu pembedahan akibat apendiks.

Menurut agensi pengurusannya, Big Hit Music, penyanyi berusia 30 tahun itu telah dikejarkan ke hospital pada 30 Januari lalu selepas mengalami sakit pada bahagian abdomen dan sakit tekak.

Jimin bagaimanapun telah selamat menjalani pembedahan apendiks dan ketika menerima rawatan di hospital dia ptelah disahkan positif Covid-19.

“Pembedahan telah berjalan dengan lancar dan Jimin sekarang dalam proses pemulihan selepas pembedahan berkenaan.

“Jangkitan virus Covid-19 yang dialaminya juga beransur pulih,” kata Big Hit Music dalam satu kenyataan rasmi.

Jimin merupakan anggota BTS keempat yang dijangkiti virus berkenaan selepas RM, Jin dan Suga yang disahkan positif Covid -19 pada Disember lalu.

Awal bulan ini Big Hit Music memberitahu bahawa, ketiga-tiga anggota BTS itu telah menamatkan kuarantin kendiri dan berterima kasih kepada peminat atas sokongan yang diberikan semasa mereka dijangkiti virus tersebut.

“Kami ingin memaklumkan bahawa RM dan Jin telah pulih sepenuhnya daripda virus “Covid-19 dan tempoh kuarantin mereka telah berakhir pada 4 Januari lalu. Mereka yang menjalani kuarantin kendiri dan rawatan di rumah selama 10 hari sejak 25 Disember lalu telah kembali bekerja seperti biasa.

“Jin yang mempunyai gejala seperti demam ringan ketika mula mendapatkan rawatan di rumah juga telah pulih sepenuhnya,” ujar kenyataan rasmi Big Hir Music.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN