fbpx

Cara PTTI rangsang pelajar guna aplikasi online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sejak memperkenalkan aplikasi pembelajaran khas dalam talian  tahun lalu, pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI rancak menarik perhatian pelajar dengan pelbagai cara.

Salah satu usaha demi menarik lebih ramai pelajar memuat turun aplikasi berkenaan, pusat ilmiah berkenaan turut menganjurkan

peraduan Aku Pilih PTTI dengan menawarkan hadiah lumayan dan menarik.

Kali pertama diadakan sekitar September ke pertengahan Oktober tahun lalu dengan menawarkan hadiah iPad. Kali kedua pula dianjurkan dari tempoh 30 Oktober hingga 30 November tahun lalu, ganjaran tempat pertama berupa motosikal Yamaha Ego selain iPad turut diberikan kepada pemenang kedua serta ketiga.

Penyampaian motosikal berkenaan juga sudah diserahkan kepada pemenangnya, Muhammad Haizul Ahmad berusia 18 tahun dari Jitra, Kedah baru baru ini.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Kemunting itu menerima hadiah berkenaan menerusi wakil cikgu pusat terbabit, Muhammad Dzulfahmi Salehuddin di kediaman keluarganya di sana.

Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fana  berkata, peraduan diadakan lebih bersifat mempengaruhi pelajar lain untuk belajar secara efektif dan percuma menerusi aplikasi ditawarkan.

“Konsep atau konteks yang mahu diketengahkan adalah lebih kepada misi PTTI untuk lihat lebih ramai pelajar mendapat manfaat dari aplikasi terbabit.

“Semakin ramai pelajar itu mengajak kelompok rakannya untuk sama sama belajar dengan menggunakan aplikasi itu, semakin besar potensinya untuk menang.

“Situasi itu terjadi kepada Muhammad Haizul. Sejak dilancarkan aplikasi ini sudah dimuat turun lebih 30,000 pelajar untuk menikmati pembelajaran percuma,” katanya.

Tambah Cikgu Fana lagi, pusat kelolaannya itu sedang melancarkan kempen #SediaAwal yang memfokus kepada pelajar Tingkatan 4 yang bakal melangkah ke Tingkatan 5 pada bulan Mac depan.

“Menerusi kempen itu mereka dapat belajar secara percuma menerusi aplikasi itu dan boleh mendapatkan lebih 100 video pembelajaran percuma untuk persediaan awal. Malah duta kami, MK Clique dan Iman Troye juga menyokong usaha ini.

“Mereka percaya dalam bidang lakonan dan nyanyian juga memerlukan persediaan lebih awal sebelum membuat persembahan supaya dapat memberikan yang terbaik,” katanya.

Meraikan kemenangan Muhammad Haizul, pusat itu turut mengadakan sesi perkongsian virtual bersamanya disertai Iman Troye dan Pengurus Besar PTTI, Muhd Habibunajjar Sazali (Cikgu Habib) pada 1 Februari lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI