fbpx

Bukit Aman siasat OKT warga asing mati mengejut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman menerusi Unit Siasatan Jenayah Kematian Dalam Tahanan (USJKT) akan melakukan siasatan berhubung kes kematian mengejut seorang lelaki warga asing yang juga Orang Kena Tahan (OKT) di Hospital Kajang di sini, hari ini.

Pengarahnya, Datuk Azri Ahmad berkata, Pusat Sehentian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menerima suspek warga Myanmar itu selepas diserahkan seorang lelaki tempatan didakwa mencuri sebuah motosikal pada pukul 5.30 petang Ahad lalu.

“OKT telah dihantar ke Hospital Kajang pada Isnin sekitar 8.10 pagi kerana mengadu tidak sihat dan pihak hospital memaklumkan suspek terpaksa ditahan di wad bagi menerima rawatan rapi.

“Pada pukul 1.05 pagi malam tadi, pihak Hospital Kajang telah memaklumkan bahawa OKT terbabit telah meninggal dunia dan punca kematian masih belum diketahui,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Jelas Azri, siasatan terperinci akan dijalankan USJKT bagi memastikan tiada unsur jenayah berhubung kematian suspek.

Terdahulu, OKT terbabit ditahan untuk membantu siasatan berhubung kes curi motosikal di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI