fbpx

Kajol rindu anak perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAJOL

AKTRES Bollywood kesayangan ramai, Kajol yang disahkan positif Covid-19 baru-baru ini sedang menghitung hari untuk menyelesaikan tempoh kuarantin.

Menerusi satu hantaran di Instagram, aktres berusia 48 tahun itu berkongsi keadaannya sambil memuat naik gambar anak perempuannya, Nysa Devgan.

“Disahkan positif Covid-19 dan saya tidak mahu sesiapa melihat hidung saya seperti Rudolph jadi mari lihat senyuman paling menawan di dunia @nysadevgan.

“Saya merindui kamu Nysa Devgan dan saya tahu kamu sedang menjulingkan mata,” tulisnya sambil berseloroh dengan Nysa.

Hantaran itu disambut sokongan rakan artis, Tanishaa Mukerji yang mendoakan kesejahteraan pelakon Dilwale itu sambil menyertakan emoji pelukan kepada Kajol.

Rata-rata peminat juga mengharapkan aktres itu beransur pulih, Kajol bakal membintangi filem komedi The Last Hurrah arahan Revathy berkisarkan cabaran dialami insan bergelar ibu berdasarkan kisah sebenar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI