fbpx

Ibu campak anak dalam kandang beruang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENJAGA zoo menarik Zuzu ke dalam kandang selepas ia sempat menghidu kanak-kanak terbabit. - East2West

TASHKENT, UZBEKISTAN – Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ‘berpura-pura meninggal dunia’ setelah dia dicampak oleh ibunya sendiri ke dalam kandang beruang coklat di sebuah zoo di Uzbekistan, lapor akhbar The Sun UK.

Pengunjung menyaksikan kejadian cemas ketika haiwan pemangsa menghidu anak kecil itu, namun beberapa penjaga zoo berjaya mengalihkan perhatiannya.

Mangsa kemudian berjaya diselamatkan dan kini dirawat di hospital setelah mengalami kecederaan kepala dan luka kerana terjatuh akibat dicampak.

Polis membuka siasatan berkenaan dan mendakwa ibu kepada kanak-kanak itu kerana jenayah cuba membunuh yang membawa hukuman maksimum 15 tahun penjara.

Saksi-saksi berkata, pelawat dan kakitangan di zoo tidak berjaya menghalang wanita itu mencampak anaknya dari atas penghadang keselamatan dalam kejadian yang berlaku di ibu negara Uzbekistan, Tashkent.

Seorang jurucakap zoo ketika mengulas mengenai kejadian berkata, motif wanita tersebut mencampak anaknya ke dalam kandang beruang coklat itu tidak jelas. 

“Kami takut untuk memikirkan bagaimana jika beruang itu bertindak balas dan membaham anak kecil itu. 

“Zuzu yang merupakan seekor beruang coklat jantan jenis Kaukasia sedang memerhati wanita itu ketika dia melempar anak kecilnya melepasi pagar besi lalu terjatuh ke dalam parit. Zuzu bergerak ke arah kanak-kanak itu lalu menghidunya dan berjalan kembali,’’ jelas jurucakap tersebut.

Menurut seorang jurucakap lain, mangsa disahkan mengalami gegaran otak disebabkan terjatuh dari platform berketinggian lima meter serta mempunyai luka terbuka di kepalanya. Bagaimanapun, mangsa berada dalam keadaan stabil dan di bawah pemerhatian berterusan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI