fbpx

Aung San Suu Kyi dibicara pada 14 Februari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai menyertai perhimpunan menyokong Kaunselor Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi di Mahkamah Keadilan Antarabangsa di The Hague terhadap tuduhan pembunuhan beramai-ramai terhadap Muslim Rohingya, di Yangon pada 2019. - AFP

NAYPYIDAW, Myanmar – Pemimpin demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi dilaporkan bakal memulakan perbicaraan di mahkamah tentera pada 14 Februari ini, lapor akhbar Bangkok Post, semalam.

Perbicaraan itu melibatkan tuduhan ke atas Suu Kyi yang dikatakan melakukan penipuan ketika pilihan raya pada 2020 yang menyaksikan pemenang Anugerah Nobel itu berjaya mengekalkan kedudukan sebagai pemimpin Myanmar bagi penggal kedua.

Suu Kyi berdepan tuduhan berkaitan lebih sedozen kes dan setakat ini telah dijatuhkan hukuman penjara enam tahun gabungan oleh mahkamah di ibu negara Naypyidaw.

Beliau telah menafikan tuduhan yang dilemparkan oleh junta tentera mengenai kemenangan mudah parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) miliknya dengan mempengaruhi suruhanjaya pilihan raya semasa pengundian.

Bekas presiden, Win Myint dan bekas anggota kabinet Min Thu, telah didakwa mengikut seksyen 130-A kanun keseksaan dan berdepan hukuman penjara tiga tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Ia menambah kepada banyak kes terhadap Suu Kyi yang membawa hukuman penjara maksimum gabungan lebih daripada satu abad.

Jurucakap junta tidak menjawab panggilan untuk mendapatkan komen. Kerajaan tentera sebelum ini berkata Suu Kyi akan diberi proses sewajarnya oleh mahkamah bebas. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI