fbpx
Sivapaki dilaporkan hilang ketika mencari lembu di kawasan ladang sawit di Kampung Sega Tengah, Kuala Sawah, Rantau dekat sini semalam.

Warge emas hilang ketika cari lembu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Seorang wanita warga emas dipercayai hilang ketika mencari lembu di kawasan ladang sawit di Kampung Sega Tengah, Kuala Sawah, Rantau dekat sini semalam.

Wanita dikenali A. Sivapaki, 62, dipercayai hilang dan tidak pulang ke rumah sejak pukul 11 pagi.

Pegawai Bomba Kanan II dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rantau, Lockmanurhakim Basirun berkata, pihaknya telah menerima panggilan pada pukul 1.15 petang tadi dan memulakan pencarian di sekitar lokasi dia dilaporkan hilang.

Anggota Bomba dari BBP Rantau menjalankan operasi mencari dan menyelamat di sebuah ladang sawit di Kampung Sega Tengah, Kuala Sawah, Rantau, hari ini.

“Saya dimaklumkan mangsa telah memasuki kawasan ladang pada pulang 11 pagi semalam dan tidak pulang ke rumah hingga ke hari ini.

“Pihak bomba telah melaksanakan operasi mencari dan menyelamat sejauh tujuh kilometer,” ujarnya di sini hari ini.

Sementara itu, seorang penduduk kampung, Nazimudin selamat, 73, berkata, Sivapaki sering membawa lembu peliharaanya di kawasan ladang sawit sekitar kampung berkenaan.

“Saya selalu nampak dia jaga dan bawa lembu peliharaannya di kawasan itu setiap pagi hingga ke petang,” katanya. -K! ONLINE

POPULAR