fbpx

Nahas jalan raya di Mexico ragut 13 nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN penyelamat dan forensik bertugas di kawasan kejadian kemalangan jalan raya yang meragut 13 nyawa. - AFP

BANDAR RAYA MEXICO – Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh selepas sebuah bas yang membawa sejumlah pengikut ke sebuah rumah ibadat di Mexico terbalik kelmarin, kata pihak berkuasa.

Seramai 10 lagi mangsa cedera dalam kemalangan yang berlaku di negeri Jalisco, barat Mexico itu.

Ketika kejadian, bas tersebut membawa 23 orang ke bandar San Juan de Los Lagos yang menganjurkan perayaan mazhab Katholik tahunan. 

Kumpulan pengikut tersebut masih berkunjung ke San Juan de Los Lagos walaupun perayaan pada tahun ini dibatalkan akibat pandemik Covid-19.

Lokasi tersebut menarik kehadiran dua juta orang pada setiap tahun.

Lima mangsa yang maut dalam kemalangan kelmarin tercampak keluar daripada bas, manakala dua merupakan remaja bawah umur.

Kemalangan maut bukan sesuatu yang jarang berlaku di Mexico.

Pada September tahun lalu, sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh dan 22 yang lain cedera melibatkan pelanggaran sebuah bas dengan lori di negeri Sonora, utara Mexico.

Pada April tahun yang sama pula, pelanggaran antara dua buah bas pekerja di sebuah lombong di Sonora menyebabkan sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI