RUANG farmasi Alpro cawangan Setapak, Kuala Lumpur lewat petang itu sibuk seperti hari biasa. Beberapa individu dilihat memasuki ruang tersebut sambil membawa sebungkus plastik yang dipercayai mengandungi ubat-ubatan yang telah tamat tempoh. Sejak farmasi tersebut melaksanakan program Safe Medication Disposal pada November tahun lalu, lokasi tersebut sering menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melupuskan ubat-ubatan tamat tempoh dan tidak digunakan. Sebaik meletakkan ubat yang tidak lagi digunakan di dalam tong merah, Nurul Akmar Ahmad, 31, menghela nafas lega. Ubat yang……