fbpx

Netizen tak senang aksi lambung anak, ini jawab Fasha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI melambung anak dilakukan Fasha mengundang rasa kurang senang netizen yang risaukan keselamatan anaknya itu.

SETIAP ibu mempunyai cara tersendiri menjaga anak-anak mereka, sama juga dengan Fasha Sandha.

Namun, tanpa sedar, caranya yang melepaskan kerinduan kepada si anak dengan cara melambung-lambung anaknya itu tidak disenangi oleh netizen.

Netizen yang sakit mata dengan aksi lambung tersebut menegur tindakan Fasha kerana disifatkan boleh mendatangkan bahaya kepada anaknya.

“Jangan lambung tinggi-tinggi, bahaya risau otak dia bergegar.

“Terlalu bahaya. Tolong jangan buat selalu,” komen netizen.

Membalas semua nasihat yang diterima, Fasha memberitahu apa yang dilakukannya hanya memerlukan satu hal sahaja iaitu fokus.

“Perlu pastikan awak fokus. Fokus sama seperti ketika mendukung. Dukung pun boleh terlepas juga kadang-kadang,” balasnya kepada seorang netizen.

Diva faham kerisauan netizen apabila melihat aksi tersebut, memang bahaya tetapi mungkin Fasha tahu apa yang sedang dia lakukan.

Ibu mana yang nak anak tercedera bukan? Fasha pun sudah tiga orang anak, tahulah dia mana baik buruk.

DIVA: Ramai tak sabar nak lihat Jerung Merah beraksi di pentas Big Stage minggu depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI