fbpx

Kanak-kanak 9 tahun kudung zakar ketika menumbuk sayur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG kanak-kanak lelaki terpotong kemaluannya sendiri menggunakan alu dan lesung. - Zuma Press/PA Images

LIBREVILLE, GABON – Seorang kanak-kanak lelaki secara tidak sengaja dilaporkan memotong hujung kemaluannya sendiri menggunakan alu dan lesung ketika menumbuk sayur-sayuran, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang membantu ibunya menyediakan hidangan di rumah mereka di luar ibu negara Gabon, Libreville.  

Kanak-kanak berusia sembilan tahun itu dikejarkan ke hospital di Gabon selepas hujung kemaluannya terpotong ketika meletakkan alat tersebut antara dua pahanya.

Doktor-doktor terus membawanya ke bilik bedah bagi menentukan tahap kecederaannya setelah dia tiba di hospital dengan balutan yang berdarah di celah kangkangnya.

Hujung zakarnya tercabut dengan uretranya iaitu tiub yang menyalurkan air kencing didapati terputus dengan teruk.

Uretranya disambung menggunakan tiub dan kemaluannya kemudian dijahit semula setelah mangsa dibius.

Dia dilaporkan demam selama empat hari selepas pembedahan selesai dengan daging di sekeliling kemaluannya mencecah suhu 39 darjah Celsius.

Bagaimanapun, demamnya reda selepas rawatan dijalankan dan dia dibenarkan keluar dari hospital 25 hari kemudian. 

Mangsa dilaporkan pulih sepenuhnya dengan kemaluannya kembali berfungsi secara normal setahun kemudian. 

Kisah itu diterbitkan oleh doktor-doktor dari Hospital Pusat Libreville. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI