fbpx

KPDNHEP NS keluarkan kompaun RM219,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Veerapan meninjau harga barangan yang dijual di sebuah pasar raya di Negeri Sembilan.

PORT DICKSON – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan mengeluarkan kompaun RM219,000 daripada 532 kes sepanjang tahun 2021.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S. Veerapan, daripada jumlah itu KPDNHEP telah mengenakan denda sebanyak RM1,355,000.

Katanya, sepanjang tahun itu juga sebanyak 40,760 premis telah diperiksa.

“Antara kes yang dicatatkan berkaitan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2021 sebanyak 246, Akta Timbang dan Sukat 1972 (115), Akta Perihal Dagangan 2011 (31), Akta Perlindungan Pengguna 1999 (29).

“Akta Kawalan Bekalan 1961 (23), Akta Cap Dagangan 2019 (17) dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (53),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baru Cina 2022 peingkat Negeri Sembilan di pasaraya TF di sini hari ini.

Veerapan berkata, KPDNHEP Negeri Sembilan telah menerima 981 aduan sepanjang tahun yang sama.

“Lima kategori aduan yang mencatatkan jumlah tertinggi melibatkan transaksi dalam talian sebanyak 435, harga (167), perkhidmatan mengelirukan (162), bengkel kenderaan bermotor (51) dan iklan mengelirukan (28),” tambahnya.

Sementara itu, katanya, kementerian telah melaksanakan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) bermula 1 Januari 2022 dan sedang berkuatkuasa sehingga 4 Februari ini.

“Sebanyak 12 jenis barangan yang telah ditentukan harga maksimum tersenarai di bawah skim ini seperti ayam, telur ayam dan sayur-sayuran.

“Sebagai langkah menstabilkan harga barangan dan memastikan keberadaan bekalan di pasaran semasa musim perayaan Tahun Baru Cina 2022 KPDNHEP melaksanakan SHMMP Tahun Baru Cina 2022 bermula semalam hingga 4 Februari 2022,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI