fbpx

Sultan Selangor dukacita aktiviti sijil vaksin palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menzahirkan rasa dukacita dan sangat prihatin apabila dimaklumkan mengenai kegiatan tidak bermoral segelintir pengamal perubatan swasta di negeri ini yang didapati menawarkan dan menjual sijil digital vaksin Covid-19 palsu kepada orang ramai.

Baginda terkejut dengan modus operandi yang digunapakai oleh individu terlibat yang telah ditahan oleh Polis Selangor melibatkan seorang doktor pemilik sebuah klinik di Gombak dan enam orang pembantu klinik yang tergamak mencemarkan etika kerja perubatan profesional.

“Menerusi siasatan awal, selain daripada memalsukan sijil vaksin Covid-19 menerusi sistem aplikasi MySejahtera, individu terlibat turut memberikan suntikan kosong dengan membuang cecair vaksin Covid-19 yang dibekalkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) kepada 5,601 pelanggan yang terdiri daripada golongan anti-vaksin.

“Beta telah meminta pihak-pihak berkuasa di Selangor supaya menyiasat, menangkap dan mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang didapati menyalahguna kuasa sebagai pengamal perubatan,” titah baginda dalam kenyataan dikeluarkan Istana Alam Shah, hari ini.

Sultan Sharafuddin turut menegaskan, jika didapati bersalah, mereka ini harus dijatuhi hukuman paling berat. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI