fbpx
MICHELLE antara yang terjebak menyanyi lagu Gadis dan Bunga dan kini trending dalam TikTok.

Minah Saleh nyanyi lagu Melayu pukau netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAGUM dan bangga. Barangkali itu yang dirasai oleh rakyat Malaysia apabila melihat seorang wanita kacukan Jerman-Rusia menyanyikan lagu Melayu.

Video yang dimuat naik oleh suaminya, Riza Amir itu memaparkan isterinya bernama Michelle sedang leka mendendangkan lagu Gadis dan Bunga nyanyian asal Rahimah Rahim.

‘Ramai orang membelinya, bunga-bunga jualannya, si ayu, gadis ayu’ merupakan lirik yang berulang kali dinyanyikannya.

“Sudah sangkut lagu ini,” tulis Amir merujuk kepada isterinya yang berulang kali menyanyikan lagu tersebut.

Video tersebut seterusnya mendapat reaksi positif daripada pengguna TikTok khususnya dalam kalangan rakyat negara ini yang bangga melihat wanita berbangsa asing meminati karya tempatan.

“Bagusnya, ada usaha nak belajar dan menyanyi dalam bahasa Malaysia. Semakin fasih,” puji seorang netizen.

Sehingga kini, video tersebut mendapat sambutan sehingga telah ditonton lebih 2.7 juta kali dan meraih 200,000 tanda suka.

POPULAR