fbpx

Ajal ketika berjoging

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pemuda berusia 35 tahun meninggal dunia ketika beriadah di kawasan rekreasi tasik Taman Seri Impian, Kluang, Johor, petang semalam.

KLUANG – Seorang pemuda meninggal dunia ketika beriadah di kawasan rekreasi tasik Taman Seri Impian, di sini petang semalam.

Dalam kejadian pada pukul 7.20 petang itu, mangsa meninggal dunia itu berusia 35 tahun.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, mangsa dikatakan sempat mengadu sakit dada dan sukar bernafas kepada rakannya sebelum kejadian.

“Bertindak atas maklumat, Ketua Polis Balai Kluang bersama tiga anggota telah pergi ke tempat kejadian.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati, si mati seorang Ielaki warga tempatan rebah dan tidak sedarkan diri ketika sampai di kerusi yang disediakan di kawasan rekreasi.

“Rakan si mati sebelum ini memaklumkan si mati ada beberapa kali mengakui sakit di bahagian dada namun tidak pasti sama ada si mati ada membuat rawatan di hospital,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan terhadap tubuh badan si mati tiada menunjukkan berlakunya sebarang unsur jenayah atau khianat.

“Pegawai Perubatan dari unit Kecemasan Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang telah hadir membuat pemeriksaan dan telah mengesahkan si mati telah meninggal dunia.

“Mayat si mati telah dibawa ke HEBHK Kluang dan diserahkan kepada Jabatan Forensik untuk urusan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian,” katanya.

Katanya, setakat ini kes diklasifikasikan kematian mengejut (SDR).

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan di mana – mana bajai yang berhampiran atau menghubungi IPD Kluang melalui talian 077784222 atau 077784256,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI