fbpx

Tujuh si cantik NMIXX penyeri baharu dunia K-pop

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN NMIXX

BARU-BARU ini, label pengurusan artis popular Korea Selatan, JYP Entertainment mengumumkan sebuah kumpulan K-pop baharu yang terdiri daripada tujuh orang wanita cantik.

Kumpulan yang dikenali sebagai NMIXX itu dianggotai tujuh ahli terdiri daripada Kyu-jin, Ji-woo, BAE, Jinni, Sull-yoon, Hae-won dan Lily.

“Mereka akan debut pada Februari depan menerusi single perdana.

“Selain mengeluarkan klip ‘teaser’ sulung bertajuk Nice to Mixx You, akaun media sosial rasmi seperti YouTube, Twitter, Instagram, Facebook dan Weibo mereka turut dilancarkan serentak menjelang hari debut. Jadi, sila nantikan okey,” tulis pihak JYP.

Dalam ruangan komen, rata-rata peminat tidak sabar menantikan debut NMIXX yang disebut-sebut sebagai kumpulan wanita yang bakal merancakkan dunia hiburan K-pop tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI