fbpx

Tasha Shila umum hamil anak kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TASHA mengumumkan dia disahkan hamil anak kedua.

PETALING JAYA – Kurang setahun dikurniakan cahaya mata pertama, pelakon Tasha Shilla sekali lagi menerima berita gembira selepas disahkan hamil anak kedua.

Berita gembira tersebut dikongsi Tasha atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abdul Razak, 34, menerusi satu hantaran Instagram memaparkan dia memegang imej imbas kandungan keduanya.

“Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT. Khabar gembira buat kami sekeluarga ialah kehamilan yang kedua buat saya.

“Pada hari Jumaat yang mulia ini saya harap kalian doakan semoga semua berjalan dengan lancar dan baik. Insya-Allah,” katanya pelakon drama Kamar Kamariah itu.

Meskipun menerima berita gembira, dia tetap mendoakan agar pasangan yang masih belum dikurniakan cahaya mata dapat melalui pengalaman bergelar ibu dan ayah.

“Saya dan keluarga juga turut mendoakan pada pasangan yang masih menanti dikurniakan anak, akan dihadiahi amanah Allah itu pada masa akan datang,” ujarnya.

Sebagai info, Tasha mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Atiq pada 23 Februari 2020 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Raees Zander Muhammad Atiq, 10 bulan, pada 24 April tahun lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN