fbpx

Gumpalan rambut 1.5kg dikeluarkan dari perut kanak-kanak 6 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GUMPALAN rambut itu dianggarkan menyamai berat satu beg epal. - Newslions Media / SWNS.COM

NEW DELHI – Sepasukan pakar bedah mengeluarkan segumpal rambut seberat satu beg epal daripada perut seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun selepas dia mengadu mengalami sakit perut yang teruk, lapor akhbar Daily Star semalam.

Kejadian di bandar Panchkula, India itu berlaku selepas kanak-kanak itu dilaporkan mula mencabut lalu memakan rambutnya sendiri.

Gumpalan rambut seberat 1.5 kilogram berjaya dikeluarkan selepas perut kanak-kanak itu mula membengkak. 

Pembedahan tersebut dilakukan oleh sepasukan pakar bedah termasuk Dr. Vivek Bhadhoo di Hospital Sivil Panchkula pada Isnin lalu. 

Sumber mengatakan, kanak-kanak itu kini berada dalam keadaan stabil dengan pemantauan doktor untuk memeriksa keadaan kesihatannya. Pesakit juga ditemani oleh ibu bapanya.  

Tabiat memakan rambut sendiri dikaitkan dengan  masalah mental dipanggil trichophagia atau lebih dikenali sebagai ‘Sindrom Rapunzel’ yang dinamakan sempena karakter kartun terkenal yang berambut panjang.

Ia turut berkaitan dengan satu lagi gangguan dinamakan trichotillomania atau ‘gangguan menarik rambut’.

Sebelum ini, kes serupa pernah dilaporkan pada 2020 di negeri Jharkhand, timur India apabila doktor-doktor menemui gumpalan rambut seberat 7 kilogram daripada perut remaja berusia 17 tahun. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI