fbpx

Cawangan MR. D.I.Y. ke-800 di Bukit Jalil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MR D.I.Y aktif meluaskan cawangannya di seluruh negara pada tahun ini. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – Komuniti di Bukit Jalil dan kawasan berdekatan kini beroleh akses barangan keperluan pada harga rendah menerusi pembukaan cawangan ke-800 MR. D.I.Y. di pusat beli-belah terbaharu, Pavilion Bukit Jalil.

Cawangan terbaharu berkeluasan 18,000 kaki persegi (1,672 meter persegi) itu menawarkan kira-kira 18,000 produk merentas lima kategori utama iaitu perkakasan, kediaman dan kemasan rumah, peralatan elektrik, alat tulis serta peralatan sukan.

Rangkaian itu juga mengete­ngahkan konsep kedai-dalam-kedai untuk turut menempatkan premis MR. TOY yang menawarkan pelbagai permainan berkua­liti pada harga mampu milik.

Ketua Pemasaran MR. D.I.Y., Alex Goh berkata, pembukaan cawangan ke-800 merupakan satu pencapaian penting buat kumpulan, selepas 17 tahun pembukaan kedai pertama MR. D.I.Y. di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada 2005.

“Kejayaan ini adalah hasil sokongan seluruh rakyat Malaysia daripada semua latar belakang, selain 11,000 kakitangan kami seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Sempena pembukaan, cawangan terbaharu itu turut mengadakan pelbagai aktiviti promosi buat pelanggan bermula hari ini (Jumaat) sehingga Ahad, yang mana pengunjung yang berbelanja minimum RM80 pada satu resit layak turut serta dalam Shopping Spree atau ‘Cabaran Climbing Ball’ untuk memenangi baucar tunai MR. D.I.Y. dan ­MR. DOLLAR.

Terdapat juga acara interaktif di laman sosial Facebook, yang menyediakan peluang untuk memenangi baucar tunai MR. D.I.Y.

Selain itu, 800 pelanggan pertama yang mengunjungi cawangan berkenaan dan ber­belanja minimum RM40 sepanjang tempoh promosi juga boleh membawa pulang hadiah eksklusif seperti botol air dan payung MR. D.I.Y., selagi stok masih ada

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI