fbpx

5,522 kes jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Dua hari berturut-turut negara kekal merekodkan kes harian melepasi angka 5,000 dengan 5,522 kes jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini.

Semalam, kes harian negara mencatatkan sebanyak 5,439 kes, sekali gus buat pertama kali untuk tahun ini melepasi angka 5,000 dengan kali terakhir pada 10 Disember lalu iaitu sebanyak 5,058 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow https://covidnow.moh.gov.my.

“Data setiap hari bagi laman CovidNow adalah dikemas kini sekali gus selepas tengah malam,” menurut ciapan di laman Twitter beliau di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI