fbpx

Berlari maraton pada suhu -63.4 darjah Celsius

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gelagat beberapa peserta maraton paling sejuk di dunia yang berlangsung di Siberia, baru-baru ini - Siberian Times

MOSCOW – Perlumbaan  maraton di Siberia, Rusia dipercayai memecahkan Guinness World Records apabila peserta berlari ketika suhu mencecah  63.4 darjah Celsius di bawah paras beku, lapor laman berita UPI semalam.

Penganjur acara Pole of Cold Marathon itu berkata, masa permulaan perlumbaan itu diawalkan  pada awal pagi 21 Januari lalu selepas ramalan cuaca menjangkakan  suhu akan menurun kepada -76 darjah Celsius pada sebelah petang.

Guinnes World Rcords setakat ini menyenaraikan maraton paling sejuk di dunia adalah Maraton Ais Siberia 2001, di mana suhu ketika itu adalah kira-kira 38 darjah Celsius di bawah paras beku.

Pelari tempatan, Vasily Lukin memenangi Pole of Cold Marathon itu dalam masa 3 jam 22 minit.

Marina Sedalischeva yang merupakan warga Yakutia pula menjadi wanita pertama yang menamatkan perlumbaan ekstrem itu dengan catatan masa 4 jam, 9 minit. – Agensi

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI