fbpx

Teknologi cam wajah mudahkan pengguna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SISTEM ini akan menjadikan semua tawaran yang tersedia di Airasia Super App digunakan dengan hanya imbasan wajah.

TEKNOLOGI pengecaman wajah merupakan antara inovasi terkini yang dapat memudah dan mempercepatkan sebarang urusan.

Pelbagai pihak telah mengadaptasi teknologi ini dalam usaha memberi pengalaman baharu kepada pengguna yang menggunakan perkhidmatan mereka.

Airasia Super App juga tidak ketinggalan untuk berbuat demikian dengan melancarkan teknologi pengecaman wajah dikenali sebagai FACES.

Teknologi itu menawarkan pengguna Airasia Super App pengalaman perjalanan digital tanpa sentuhan sepenuhnya dalam penerbangan syarikat penerbangan murah itu.

TEKNOLOGI ini juga memudahkan perjalanan di lapangan terbang dengan pengecaman wajah yang pantas bagi proses daftar masuk.

Selain itu, teknologi pengecaman wajah itu akan meningkatkan kemudahan, keselamatan dan kesejahteraan dalam semua keperluan perjalanan dan gaya hidup pengguna.

Mula dilancarkan untuk perjalanan udara, FACES menjadikan Airasia Super App satu platform sehenti yang mengenal pasti pengguna dengan serta-merta melalui pengecaman wajah bagi memesan dan membayar tawaran perjalanan, selain gaya hidup dengan lebih lancar dalam satu aplikasi.

Ketua Pegawai Eksekutif Airasia Super App, Amanda Woo berkata, penawaran inovasi digital dalam perkhidmatan kepada semua pengguna adalah sebahagian transformasi pihaknya.

“Pelancaran FACES pada Airasia Super App merupakan revolusi bersepadu untuk penyelesaian pembayaran terkemuka dalam industri, sejajar dengan tawaran nilai hebat dalam perjalanan, gaya hidup dan teknologi kewangan kami.

“Sistem ini akan menjadikan semua tawaran yang tersedia di Airasia Super App termasuk penerbangan, hotel, tempahan makanan, penghantaran, e-panggilan dan banyak lagi lebih lancar dan mudah dengan hanya imbasan wajah,” terangnya.

Dalam pada itu, Amanda menjelaskan, teknologi itu juga memudahkan perjalanan di lapangan terbang dengan pengecaman wajah yang pantas bagi proses daftar masuk pada bila-bila masa dan di mana-mana jua.

Di samping itu, ia dapat menyelaraskan perkhidmatan penghantaran melalui pengesahan masa nyata dan penghantaran tanpa sentuhan.

Menurutnya, pada masa depan, visi mereka adalah untuk menawarkan teknologi FACES kepada para tetamu untuk mendaftar masuk di hotel-hotel yang bekerjasama dengan AirAsia.

“Pasukan kami sedang berusaha mengintegrasi teknologi pengecaman wajah ini bagi mengakses keseluruhan teknologi kewangan kami dan ciri-ciri baharu di Airasia Super App.

“Teknologi pengecaman wajah ini juga membolehkan kami memudahkan berjuta-juta pengguna untuk mengakses produk dan perkhidmatan dengan mudah dan selamat serta membantu usaha untuk menambah baik perkhidmatan dan pengalaman pengguna,” terangnya.

Tambahnya, semua pengguna Airasia Super App di rantau ini boleh mendaftar di FACES dengan mudah pada aplikasi itu.

TEKNOLOGI pengecaman wajah meningkatkan kemudahan, keselamatan dan kesejahteraan dalam semua keperluan perjalanan dan gaya hidup pengguna.

Jelasnya, tidak lama lagi, mereka dapat menggunakan ciri ini di seluruh perjalanan dan tawaran gaya hidup dalam ekosistem yang terus berkembang.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group, Bo Lingam berkata, teknologi pengecaman wajah mengubah kehidupan seharian semua orang.

Menurutnya, walaupun terdapat teknologi yang hampir sama daripada syarikat lain, namun teknologi mereka benar-benar pertama di dunia kerana dapat dimanfaatkan lebih daripada sekadar perjalanan udara.

“Sebagai syarikat penerbangan pertama yang memperkenalkan teknologi pengecaman wajah untuk platform perjalanan dan gaya hidup digital, inovasi ini adalah usaha berterusan kami yang bukan sahaja melancarkan pengalaman penerbangan dalam dunia baharu.

“Ia turut menawarkan lebih kemudahan bagi keperluan gaya hidup seharian pengguna.

“Kami telah menggantikan kad akses kakitangan dengan teknologi FACES untuk mengakses kemudahan di seluruh syarikat. Kini dengan hanya imbasan wajah, tetamu boleh memesan, menempah, mengesahkan dan membayar semua produk dan perkhidmatan,” jelasnya.

Dalam pada itu, FACES adalah inovasi teknologi tanpa sentuhan baharu dibangunkan bersama rakan teknologi,Vision-Box sebagai sebahagian daripada prosedur mitigasi Covid-19 yang ketat, sebagai persediaan penyambungan semula perjalanan domestik dan antarabangsa dalam masa terdekat.

Pelanggan yang terbang bersama kami kini boleh mendaftar masuk dalam talian di mana-mana, bila-bila masa dengan hanya menekan satu butang.

“Usaha ini juga untuk memulihkan keyakinan bagi perjalanan udara melalui teknologi dan langkah keselamatan dipertingkatkan.

“Laporan yang kami terima menunjukkan, pelanggan berasa lebih selamat apabila menggunakan proses tanpa sentuhan di lapangan terbang,” jelas Lingam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI