fbpx

Tak perlu agungkan negara tewas perang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kehidupan kanak-kanak terjejas teruk akibat peperangan. - AFP
ZAKI SALLEH, WARTAWAN EKSEKUTIF

Selepas kuasa ketenteraan dunia Soviet Union, Amerika Syarikat (AS) yang merupakan kuasa ketenteraan dunia hari ini memilih jalan pulang meninggalkan Afghanistan pada Ogos 2021. Ironinya, dua kuasa besar dunia tersungkur dalam medan perang yang gagal dikuasai mereka.

Kemungkinan juga akan lahir watak John Rambo baharu bagi mengisi layar perak selain menjadi propaganda pengorbanan tidak ke mana AS dalam perang melawan keganasan yang dimulakan George W. Bush pada 2001.

Watak fiksyen John Rambo, bekas anggota pasukan elit Green Berret dilakonkan Sylvester Stallone yang tertekan selepas trauma Perang Vietnam dan kematian rakan-rakan tetapi kemudian diangkat jadi wira perang.

Bermula dengan serangan 11 September 2001 yang mengejutkan dunia, kanvas politik antarabangsa terus bertukar dengan memberi fokus di Afghanistan yang dilabel ‘ibu’ pengganas.

Operasi Enduring Freedom pada 7 Oktober 2001 menjadi permulaan apabila tentera gabungan diketuai AS melancarkan pengeboman ke atas kawasan dipercayai diduduki pihak al-Qaeda dan Osama Laden.

Ia juga mencatat sejarah pe­perangan moden selepas buat pertama kali dron bersenjata digunakan dalam operasi. Dron Predator yang membawa peluru berpandu terbang ke selatan Kandahar, kubu kuat Taliban.

Tembakan peluru berpandu yang dilancarkan dikatakan me­ngenai sasaran, tetapi hanya sekumpulan penduduk dan bukan sasaran yang dikehendaki.

Perang terhadap pengganas atau War On Terrorism menjadi tajuk popular dalam kalangan pengkaji dan penganalisis pertahanan barat sepanjang dekad tersebut tidak terkecuali juga di negara kita.

Fokus para pemerhati pada masa itu menyaksikan beberapa teori diketengahkan pakar-pakar barat digarap menjadi acuan banyak negara termasuk di rantau sebelah sini yang berdepan ancaman insurgensi khususnya kegiatan militan.

Seperti ketakutan pada teori domino iaitu andaian kejatuhan negara-negara Asia Tenggara pada tangan komunis berikutan konflik Indo China semasa Perang Dingin, begitu juga kebimbangan pada ancaman militan.

Penganalisis pertahanan dan geostrategik, Muhammad Fuad Mat Noor berkata, Perang Agha­nistan 2001 mencetuskan beberapa konsep peperangan baharu seperti peperangan tidak simetri dan perang hibrid.

Perang itu memberikan contoh bagaimana sebuah pasukan tentera yang mempunyai kelengkapan termoden serta sokongan logistik paling baik tetapi tewas pada musuh kerdil dengan kekuatan tidak seimbang.

“Banyak pihak di barat termasuklah di negara ini membangkitkan soalan bagaimana Taliban boleh menang, tetapi itulah realitinya. Taliban tanpa kereta kebal, pesawat udara atau sistem komunikasi canggih masih mampu membina angkatan perang kuat sehingga digeruni lawan.

“Secara ringkas, kita boleh katakan taktik dan strategi yang digunakan AS dalam perang di sana tidak berkesan sehingga terpaksa angkat kaki,” katanya.

Isunya kata beliau, adakah negara yang mengikuti atau belajar ilmu peperangan dengan AS akan kekal untuk mengiktiraf kemahiran perang mereka sebagai yang terbaik? Bukan sekali, sebaliknya dua kali AS tewas semasa Perang Vietnam. Ini maknanya AS tiada kemahiran perang yang baik kerana dalam peperangan hanya ada satu pemenang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI